terhentinya lamunan..

terhentinya lamunan

lamunan aku terhenti,,bila lagu permaisuri hatiku terhenti..lama aku renung,lama aku tenung,lama aku terlamun,,bukan aku khayal dengan bait-baik lirik lagu permaisuri hati ku,tapi aku jadi berpikir sedalamnya apa yang berada di depan mata aku.facebook.."aku rindu kamoo"."miss u",dan macam-macam lagi ungkapan cinta tertera di facebook sebagai kemaskini pada status mereka.iskk...mana malunya mereka mengungkap kata-kata demikian?sedangkan bukannya pada muhrim atau mahram..jangan marah dan terasa sahabat..


teguran kak mar


kak mar dan abg firdaus memang sejak lama menjadi tempat rujuk aku,malah bicara dan nasihatnya aku sentiasa aku guna pakai..kak mar senangtiasa bersikap tegas...selalu saja aku di tegurnya.."kamu nak tunjuk satu dunia yang husna itu kekasih kamu?"...tegas kak mar,,aku akui,,kesilapan aku meletak nama ganti husna kpd Honey dalam link blog aku,malah aku meletakkan gambar-gambar dia dalam album friendster aku..memang satu kesilapan besar dari aku,,sedangkan time itu kami takda apa-apa ikatan yang rasmi..sampai sekarang aku ingat kata-kata kak mar...malah dalam tempoh bertunang..perasaan yang kurang baik mendesak lagi..kak mar bersuara lagi "bg kak mar senang je,siapa tuan,,siapa hamba,jgn cemari sesuatu atas nama cinta"...huhu,,tepat dalam hati aku..aku kene bermujahadah..thanks Kak mar n abg firdaus..


realiti di facebook


sekarang,,facebook adalah sesuatu fenomena yang agak luar biasa dalam alam serba baru sekarang..malah ada sesuatu tajuk artikel."facebook,kita yang tentukan halal & haramnya.tapi apa yang aku nampak realitinya kebanyakkannya meletakkan perkara haram dalam facebook..siap bergambar rapat-rapat,,umpana ingin menyatakan kepada masyarakat luar sana.."KAMI SEDANG BAHAGIA" mana perginya sifat malu wahai sang pemuda dan pemudi??sedangkan ada yang seperti meluahkan perasaan sayang dan rindunya kepada kekasihnya melalui facebook untuk jadi tatapan umum??malulah wahai sahabat-sahabatku..malah lebih teruk sang wanita yang memulakannya..sedarkah kamu itu bukan muhrimmu??

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Malu adalah sebagian dari iman." Muttafaq Alaihi.

mana kamu letak imanmu?sedangkan pada insan-insan yang sudah bernikah..secara peribadinya mengungkapkan sayang pada yang dirahsia..agar itu menjadi hal peribadi dan hal keistimewaan bagi penerima ungkapan itu..

tapi pada remaja dan dewasa ini,ini yang suka di diketahui umum..sedarlah wahai sahabat,kat facebook tu,bermacam-macam manusia ada..dan segelintirnya pendokong agama berdakwah melalui facebook.,,seganlah pada pendokong-pendokong agama ini.,,mereka juga memerhati apa yang tertulis pada status kamu,,pada gambar kamu..kejelikan!!!agamanya islam,,tudungnya cantik,,tapi malunya kurang..sayang sekali....berusaha berubah ye..
Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Di antara nasehat yang di dapat orang-orang dari sabda nabi-nabi terdahulu ialah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu." Riwayat Bukhari.


aku berkata dasar kesedaran


aku bukan seorang yang baik sangat,aku bukanlah insan yang banyak amalannya,tapi aku mempunyai sedikit kesedaran apa yang berlaku disekelilingku,kadang-kadang agak perit mahu berkata pada lidah yang mampu berkata-kata..hanya laptop usang mampu berbicara lalu jari jemariku meluahkan segala..jika sekarang kekasihmu mampu menyuntik rasa cinta dan sayang..pikir dulu kerana apa?jika sekarang kekasih mampu peluk mu saat kamu belum muhrimnya,pikirkan sebab apa?ingat,,cinta itu terpelihara pada ikatan nikah yang sah.disanalah kejujuran,mampu atau tidak terlaksana,disanalah teruji dengan kemampuan ucapanmu untuk kekasihmu..miliki cinta itu saudara/saudari..

Ini ada satu cerita

Lama aku tak menulis untuk blog ni..kesian dah bersawang dan berhabuk dah tanpa sebarang coretan yang membina.hari ni aku usaha kongsi cerita beberapa minggu kebelangkan ni dan apa yang terjadi.banyak yang telah berlaku dalam sengaja dan tak disengajakan..apa yang aku ingat,,akan aku kongsi untuk bacaan umum.mohon kritik membina dan nasihat dalam penulisan yang bergaya trevelog ini.insyaAllah..  

Ceritanya begini..

Sebenarnya aku dah hampir menyiapkan satu entri dalam blog ni yang aku beri tajuk rehlah @ zoo..malah aku dah save draff dah,Cuma aku tak publish je lagi atas sebab-sebab tertentu.maka aku lutsinakan tulisan itu..terlalu menjurus kepada pemikiran yang objektif,sedangkan aku dah mula berjinak-jinak dalam penulisan.secara tidak langsung aku perlu menulis sesuatu fakta yang subjectif bagi pembaca terus berfikir dan menilai.insyaAllah..maka aku perlu edit dan perlu menarikan cerita dalam rehlah@ zoo itu. Rehlah @ zoo…kisahnya terjadi ketika aku baru habis benar menghadapi peperiksaan akhir semesta aku..setelah menghadapi tekanan kerja,,dengan strees menghadapi peperiksaan hati dan perasaan aku perlukan rehat dan satu pembaharuan dalam diri sendiri.maka aku pergi tempat yang mempunyai nilai yang sentimental dan yang dekat dengan Maha Pecipta.Zoo!!!

zoo Negara..kali terakhir aku pergi ke sana seawall umur 6 tahun..rombongan tadika..tika itu la bagi aku anak felda yang boleh dikatakan duduk di felda yang ceruk menikmati peluang ke zoo Negara.peluang bukan selalu diperolehi seperti itu,akan datang masuk alam persekolahan kebangsaan belum tentu menikmati peluang sedemikian.maka sertailah!!!aku pun tak ingat suasana zoo Negara pada 19tahun dahulu..dah lama dah.dengan bertemankan seorang sahabat yang mudah berjanji dan mudah tepati janjinya..azizil mazlan yang lebih akrab aku panggil izil je bergerak ke zoo Negara lebih kurang 2.30 petang seusai zohor terus kami ke sana..beli tiket,,cek kamera dan terus masuk..kami memilih untuk “menziarahi” haiwan mamalia dahulu.

Zirafah

Haiwan yang pertama kami jumpa adalah zirafah,unik dan hebat ciptaan Allah swt ni..pada logik akalnya leher yang panjang.agak susah dalam pergerakannya.tapi Allah Maha adil dalam apa yang Dia jadikan..maka orang-orang beriman pun berdoa kerana berasa takjub dengan ciptaan Allah swt yang termaktub dalam al quran..firmanNya..

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mencipakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.(Ali 'Imran; 191)

Inilah doa orang-orang beriman tersebut..pernah ke kita berdoa sedemikian tatkala berasa takjub dengan keindahan dan kesempurnaan dalam penciptaan alam ini?jangan berat mulut ya..malah jangan berat hati mendoakan semua ini..paling tidak pun cukuplah sekadar SUBHANALLAH!!!

Hai insan di dalam sangkar..

Setalah banyak berjalan,banyak pula pentafsiran yang aku buat secara peribadi.mana lebih menguntungkan bagi haiwan-haiwan ini?di dalam sangkar atau berada bebas di luar??kedua-dua provokasi ini ada kebaikan dan keburukannya..setelah aku duduk di kerusi rehat ,,aku termenung panjang..izil masih terus dengan aktivitinya menangkap beberapa gambar sebagai latihan seni photografinya..aku biarkan..aku senang untuk berfikir,,aku pandang seekor badak  sumbu..kasihannya ada 2 ekor je tak salah aku,,tak tau la jika ada yang menyurok di sebalik semak-semak nun disana..abaikan..persoalan aku adakah seronok haiwan-haiwan ini tinggal di dalam kandang atau pun sangkar di zoo ni??secara fitrahnya ,setiap yang bernyawa di dunia ini mahukan kebebasan.tapi bagi haiwan-haiwan ini,mereka tiada pilihan..tp di luar sana habitat mereka terancam bagi manusia-manusia yang bertuhankan nafsu  terlalu kejam terhadap haiwan-haiwan ni..maka survival haiwan diluar sana cukup tinggi..badak sumbu..sumbunya di buru kerana memiliki nilainya yang tersendiri,begitu juga gading gajang..monyet-monyet..kera..beruk.habitat mereka..abis semua hutan diterokai,,gunung-ganang ditarah serata mungkin,jadi dimana perlu mereka tinggal bila habitat mereka dicerobohi malah dimusnahi..jadi survival hidupan di luar cukup terancam..kasihan..pada haiwan ini..mereka tidak memahami apa itu pemuliharaan..begitulah halnya bagi mereka yang berada di zoo ni..untuk menyelamatkan haiwan yang bakal pupus malah ada yang hampir-hampir pupus.jika usaha ni tak dilakukan.akibatnya??genarasi akan datang tak berpeluang mengenal apa itu gajah,,zirafah..badak sumbu dan sebagainya.

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.( Ar Ruum: 36)

Ayat di atas boleh dikaitkan dengan apa yang terjadi pada haiwan-haiwan yang terancam kehidupan mereka..lalu ada peringatan bagi mereka yang zalim…tak kira la zalim dari segi apa..mereka adalah zalim..firmanNya..

Mereka tiada akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al Jumu'ah;7)

Madagascar

Siapa pembaca blog ini pernah menonton filem animasi Madagascar..cerita yang menarik.tp ada mesej yang baik dalam filem tersebut..bagaimana perasaan seekor kuda belang yang teringinkan satu kehidupan yang bebas..ini bertitik tolak pada fitrah kejadian bagi yang hidup..mempunyai perasaan walaupun tidak dikurniakan akal seperti manusia..tapi mereka ada perasaan..perasaan untuk hidup bebas dan perasaan yang ingin tahu kehidupan diluar..

Setelah lelah berjalan..sirat pun sampai..yang antara sahabat aku yang mudah nak berjanji dan senang di bawa berjalan..set time ,,tup-tup muncullah dia walaupun lambat..tidak seperti kawan yang lain..kalau tak dapat pergi tak perlulah memberi alasan macam-macam.cakap je tak mau pergi.aku tak berkecil hati.sempat la bermain dengan belalai gajah dengan dia.izil masih terus mengambil gambar.

@ opis

Setelah sekian lama berada di opis..agak membosankan aku.pesta buku selangor tak lama bermula.secara tidak langsung adalah pelancaran buku baru keluaran emedia publication.sultan selangor yang lancarkan tu..dasyat dan istimewa..ensiklopedia sains dan al quran untuk kanak-kanak..kalau dah sultan yang akan melancarkan semua persiapan dan istiadat perlu di persembahkan.kak di memberi arahan kat aku untuk ke perpustakaan shah alam untuk mengambil potret sultan selangor..dalam hujan yang lebat dan hampir-hampir sahaja aku terlanggar belakang kereta mercedes semasa di jalan persekutuan..berkokok jua tayar kereta aku.istighfar panjang aku dalam kereta sambil mengurut dada yang senak dengan kejutan yang tak disangka-sangka..selamat la tak terjadi apa-apa pada aku..

Pesta buku selangor..

Bertempat di pkns shah alam..satu-satunya shoping complex yang dimonopoli oleh peniaga melayu di sana.satu pertumbuhan yang baik..macam-macam cerita sepanjang pesta buku ini berlangsung..aku di beri peluang mengunakan kamera NIKON DSLR D90 milik ara staff emedia untuk mengambil gambar-gambar sepanjang pelancaran buku terbaru emedia..aku gunakan kemahiran yang ada mengunakan gadget seperti ini.memang menakjubkan hasilnya.membuatkan aku teruja dan berazam untuk membelinya.

Hari berikutnya aku sempat menghadiri satu kuliyah zohor.aku lupa nama ustaz yang di hadapan aku.sedangkan wajahnya acapkali terpapar di kaca tv dalam menyampaikan dakwah..pengisian dalam ilmu yang di sampaikan memberi kesan kepada aku..setakat yang aku ingat..

Ketakutan manusia..

1) takutnya kepada kematian;-

-beliau memberi satu perumpamaan dimana sesorang ingin menaiki kapal terbang,apabila naik,,orang itu tidur..apabila sampai pintu yang sama dimana orang itu masuk mulanya tadi terbuka.tapi sudah berada ditempat lain.apa yang malang adalah passportnya hilang,,duitnya sudah tiada..sedangkan dia sudah berada jauh dari tempat asalnya..apa yang di kaitkan di sini adalah kematian..dimana kematian itu tak perlu di takuti,,tapi bekalan yang perlu di bawa lah yang perlu di tikuti..entahkan cukup,,entahkan tidak..fikirkan..inilah manusia..bila bicara tentang mati..inilah perkara yang menjadi kegusaran hati-hati mereka..Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bila doamu akan terkabul." (HR. Ath-Thabrani)

2)takutnya pada kemiskinan.

Hal ini biasa terjadi,,malah dalam hati kita pun mempunyai sekelumit kerisauan tentang ketakutan kepada kemiskinan.sedangkan rezki itu memang dah di tentukan oleh Allah..hanya kita perlu berusaha meraihnya..kadang-kadang apa yang kita hajati tak tercapai,sedangkan kita lupa yang kita belum mencapai syarat-syarat yang di tetapkan untuk mencapai satu hajat itu,hanya meminta..dan terus meminta.tanpa berusaha..kehidupan....pernah tengok ombak di lautan??terumbang ambing..kadang-kadang tenang sahaja..itulah kehidupan..kemiskinan berkaitan dengan kehidupan manusia..jangan di risau akan kemiskinan dalam kehidupan..sebab Allah swt telah berfirman..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(at talaq;2-3)

3)takutnya hilang kasih sayang

Mana yang lebih utama?kasih sayang manusia ataupun kasih sayang Allah??kadang-kadang ada perkataan tergugat,,dan ada pula kemungkaran yang di biar sahaja..kerana apa?takutnya hilang kasih sayang..sebagai sahabat barangkali..ada yang enggan menengur sahabat yang melakukan kemungkaran..ini kerana bertitik tolak takut hilangnya persahabatan.sedangkan dia mengetahui akibat dan masalah itu,perlu di tegah,,perlu di nasihati dan perlu di tegur..bukan perhatian manusia yang di raih,,tapi perhatian dari Allah itu perlu dikecapi..

4) takutnya pada kegagalan dalam berusaha..

Belum usaha lagi,,dah berasa takut untuk mencuba..sifat macam ini yang perlu di buang jauh-jauh dalam diri manusia.kejayaan sesuatu perkara itu bertitik tolak bagaimana usaha kita..kalau dah berusaha sebaik mungkin..berserahlah pada Allah..Dia yang maha menentukan..insyaAllah..

Itulah sedikit bingkasan yang aku ingat dan sempat salin dalam buku journal aku..secara tidak langsung,,aku mampu sampaikan pada pembaca blog ini..alhamdulillah..setelah abis kuliyyah terus solat zohor.seusai solat zohor…ustaz tadi membacakan doa..dalam bahasa melayu dan bernada berlagu..cukup faham dan cukup syahdu...seorang imam yang adil,,dia tau tanggungjawabnya..itu pada pendapat aku..

Gaji dah masuk..aku berbisik dalam hati..keluarkan sedikit untuk aku membeli bahan bacaan..aku borong solusi yang banyak aku tertinggal dan sebuah buku penulisan..buku yang baik dan menarik.dalam mencari buku-buku..aku disapa oleh seorang sahabat lama.dia pun dah jadi penulis..bukunya??rahsia..dia memberi nasihat dan teguran..dia cakap kat aku..ko ni ada bakat,pandai bercerita,,dan pandai wat cerita..apa kata ko menulis je..rugi bakat yang ada tak di terjemahkan melalui tulisan..kata-kata dia agak memberi kesan kat aku.tapi aku tak pandai,,aku menulis ikut mood..tapi dalam ketidaksedaran aku.aku dah mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan..insyaAllah..

Kepenatan si penjual buku..

Penat..aku sampai rumah,aku terus membungkam diri..termenung aku memandang syiling bilik…takda sale untuk aku hari ini..belum rezki..kata-kata abg zul petang tadi memotivasikan aku “kalau engkau kata engkau orang yang sibuk,,tapi engkau tak kaya,,engkau orang yang bodoh”…memberi kesan kat aku..aku tak boleh duduk di takuk yang ini sahaja..taraf hidup terus meningkat..akan datang aku perlu pikul satu tanggungjawab yang besar..aku kena keluar dari belenggu seperti ini..aku perlu lakukan sesuatu..insyaAllah..aku akan lakukan!!!!

Aku ambil solusi…aku baca entri demi entri..semakin seronok..terdapat satu hadith pada satu gambar..memberi kesan kat aku..lama aku tak buat catatan amalan dan dosa aku..dari awal bangun tidur..sampai kita tidur semula…berapa banya dosa kita lakukan??ada sesiapa berani mencatit dosa sediri?belajar bertindak seperti malaikat kanan dan kiri..dari awal bangun…catitkan dosa kita kepada orang.,,dan dosa kita kepada Allah….menipu..mengumpat..memandang dan mendengar…semua itu boleh membawa kita ke kancah dosa…inilah saranan yang di berikan oleh abu bakar r.a  or umar r.a..aku pun dah lupa..”timbanglah amal mu..sebelum amalmu ditimbang oleh Allah”…..dalam kehidupan kita sebagai manusia..tak lepas dari melakukan dosa..tak lepas dari melakukan kesilapan..maka cepat-cepatlah bertaubat…sentiasa membuka pintunya..adalah TAUBAT!!...

 

Sekian…..

putera puteriku......


Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalm sepi kau penyeri
Dlam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian

Puteta puteri harapan masa depan

semalam..aku terpanggil utk berkongsi sebuah pengalaman dengan adik-adik junior au kat teknik kajang..dah 8 tahun aku meninggalkan sekolah bertuah yg menyemai bakti kat aku n kwn2 aku...bersama bacth aku tahun 2001-2002...aku,rock(saipudin),ami,n yob..alhamdulillah dorg turun membawa makna n niat yang sama dgn aku..ketika aku menulis ni,,berulang-ulang aku dengarkan lagu ni..amik mood...

usai solat margrib,,n tepat kul lapan aku masuk ke dewan..hurmm...kami dihujani tepukan gemuruh dari adik-adik junior,,dah mcm artis plak kedatangan kami ni..siap ade gaya tepukan tersendiri..dan kami di himpunkan di atas pentas dewan.bersama-sama kami,,bergabung dengan bekas-bekas student teknik kajang yang dari bacth 2003,2008...genap jumlah kami 10 orang..

sementara menunggu azmi datang aku mengambil kumpulan yang dpecahkan sepatutnya utk dia..aku gabungkan 2 kumpulan...menjadi satu kumpulan..janji ami dtg..siaplah korang!!!

Program bermula

aku bermukadimah memperkenalkan diri aku dahalu...dan seterusnya kepada mereka diberi peluang..aku usulkan pertanyaan kepada mereka..lagi berapa bulan nak SPM???lagi 5 bulan bang..hurmm lagi 5 bulan..dah ready??masing2 dgn rasa tak rendah dirinya menjawab dahhhh!!!kalimat tahmid syukur.,,alhamdulillah aku lafazkan.,tapi hakikatnya mereka belum bersedia...maka sehelai kertas aku hulurkan kepada seorang-seorang...ape perlu mereka lakukan dengan kertas tu??

adik-adik..lagi lima bulan nak exam...apa halangannya??abg harapkan kejujuran kamu!!aku bertegas..tp berusaha istqhamah dengan senyuman..sebab dengan senyuman tu la membuat mereka-mereka yang berada di hadapan aku ni tak berasa segan dan terasa kedatangan aku ni ancaman bg masa dorg..

masa 10 minit...aku berikan kepada mereka utk senaraikan halangan mereka dalam masa lima bulan ni..hurmm..jeng3x...apo la yang dorg tulihkan eh..aku sentiasa memerhati gelagat dan tingkah laku sorang2 dlm dorg menulis tugasan yg aku bg tu..hurmm...halangan sendiri tny kawan n siap tiru..huh!!boleh pulok wat gitu!!xpe aku meraikan...masih dlm kacau n kesedaran masih belum terpupuk..ayyuha adik-adik ku....aku sentiasa bertanya kepada siapa yang aku nak tanya...aku nak dorang selesa dgn aku..lebih dalam keadaan santai..masa tugasan aku tamatkan..mereka memang yang berkerjasama..tahiah adik-adik ku..

masalah atau halangan?

salah seorang dari mereka aku panggil...halangan yang dia tulis,,MALAS..maka aku tanya la kat dorg...sapo maleh ek sini..aku mmg bg talk 90% dialek negeri aku.mejoriti mereka mengangkat tangan sbg tanda mereka mengakui mereka malas!!!.malas apo ubek eh??hurmm..paling kejam adalah dengan paksaan..aku tegaskan pada mereka..paksa diri dan jgn manja diri..kalau malas,makan pun xleh..semua perkara kena ada usaha!!aku membawa satu cerita...ada seorang hamba ALLAH ni pemalas ya amat!!makan tido,,makan tido..nak diceritakan keburukannya,,adalah seorang baik hati nak bg dia harta..bg free je dikkk...tp bersyarat..tp kene g amik la harta tu kat satu gudang,,punya la malas..taknak dia amik..lalu da sambung tido..klu adik-adik nak x harta tu?nakkkk....cepat je jawab mereka ni...tgk..benda dah tersedia..cikgu dah dtg mengajar,,peralatan,kewangan semua dah disedia ibu bapa mahupun pihak berwajib..tp korang masih malas gak kan???sebab apa malas??aku meminta kertas dari salah seorang student muslimah,,sbb dr gerak gaya semasa menulis..aku dah agak dia tulis ape..yes!!tepat..sbb mood tak sampai..aku kaitkan subjek malas tadi dengan mood mereka tak sampai..secara mudahnya untuk ditafsir dorang2 ni adalah KESEDARAN yang rendah..bila ditanya target spm semua nak 10A1..hebat,,tapi malas...leh ke dapat??aku memprovokasi..

kesedaran!!!!

kesedaran ni penting adik-adik,,aku menyeloroh selepas dorang terpinga2 dgn provokasi aku lakukan..dari mana nak datangnya mood ni??dari kesedaran yang positif..adik2 sila lah keluar dr zon yang selesa ni..korang bukan berada di zon yang selesa..malah zon yang merbahaya..tak kenal maka tak cinta..itu bidalan melayu lama hingga kini..itu lah juga falsafah utk mereka terapkan,,,mereka tak kenal lagi manisnya kejayaan..manakan datang cintanya???lebih mereka ke  arah yang...............aku minta kertas dr slh seorang muslimah yg agak becok berkata n menjawab dengan loyarnya...yeahh...sangkaan aku betul lg apa yang aku sangkakan......apa eh halangan mereka??

cinta,couple...dan seangkatannya

ni la halangan yang berat sebanarnya bg mereka dalam umur cam skang ni..cinta...fitrah bagi aku,,tapi mereka mencemari fitrah yang jernih tu...salah pada gaya..btol pada niatnya..aku buat gaya rilek...aku tanya,..jujur la dengan abg..sapo sini bercouple??ngaku la 2,3 org..tanpa malu malah tersenyum bangga kot pengakuan dorg ni??sabar je la..aku pecahkan lamunan mereka dengan satu amaran..haa...korang yang couple2 ni,,malam ni abg nak korang CLASH!!!huahuahua...satu permintaan yang kejam lagi terburu dalam uslub.."mana leh bang..ade gak yang menjawab..sbnrnya aku bukan nak bertindak kejam dan tak adil,,hny memprovokasi,,klu aku kat tempat dorg yg masih rendah kesedaran mereka di zon merbahaya,..xkan aku clash...tp bg aku yang bercakap mengikut pengalaman..paham2 la...perbezaan zon tu...hanya provok..

aku tanya lagi,,apsal tak leh clash???alasan biaso..dah sayang bang...alahai...aku bukak hakikat n realitinya...apa yang abg nampak..abg belum jumpa kawan2 abg kat teknik..yang bercinta kaw2..tp last2 kwin dgn orang lain,,,bila ditanya,bila clash??hurmm..pas masuk ipta..so toksah la pikir couple2 ni...keseronokan yang sekejap cuma..seronok yang leh jangka penghujungnya...aku patah balik pada tema diskusi...lagi 5 bulan..amacam adik-adik??

selingan tips utk putera puteri ku..

dalam aku bagi semangat,,pecahkan tembok halangan mereka,,sahabat aku datang,,ami..da skang seorang guru di skolah area shah alam..hurmm...dah mengukir cita2 sbg pendidik..ami sambung ape yang aku dah sampaikan...dia tekankan pada keberkatan dalam menuntut ilmu..restu dan doa ibu bapa mahupun guru-guru..itu di utamakan dalam dambaan sebagai student..dari situ datangnya keberkaan,,aku mencelah,,kongsi pengalaman adik nurmadihah..mcmana sifat dan akhlah serta adapnya dengan orang disekelilingnya...solehah!!sayang....takde sorang pun diantara mereka pernah membaca buku adik nurmadihah..

aku tekankan tips yang kedua..qiamulail...aku selitkan cerita mcmana sallehuddin al ayubi memilih tentera utk di barisan depan di medan perang.,,berat bang nak bangun mlm2...abg pecahkan pemikiran malas dorg...adik2....kita utk beramal jgn menyusahkan kita..islam ni dalam beribadah flexsibel..mcmana bang??salah sorg bertanya...korang mampu tak bangun sejam awl sebelum azan subuh berkumandang??tak la bang..hurm...camni lah...utk permulaan..sebelum tido..solat la 2 rakaat...mayb sebulan camtu la..2 bulan pun xtau,tp klu 3 bulan istiqhamah..korang dah sematkan azam dan merindui dengan tahajud...berkhalwat dgn Kekasih yang benar..korang akan dapat rasakan apa makna semua ni...ni la namanya mendidik jiwa adik2..abg rugi dlu,,tak wat semua ni,,sbb apa??abg tak menyedari hakikat ni..abg tak nak korng rugi.sbb dunia pas sekolah ni lagi mencabar..lagi kejam,,sbb tu selain persiapan diri utk exam..persiapkan diri untuk kemunculan cabaran-cabaran yang lain..

yang ketiga..hubungan adik-adik dengan alquran mcmana?sehari berapa lembaran adik-adik baca?sms dengan bf/gf melebihi masa adik-adik dengan alquran??disitu la pembukaan minda dan pembukaan hati..berinteraksi dengan alquran..lalu aku memetik kata-kata ibnu jauzi.."untuk hidup berjaya..alquran jangan disampingkan"..dalam makna kata2 ulama ni...meraka angguk tanda faham dan tangan mereka terus menari mencatit mutiara pengalaman dari abgnya ini..alhamdulillah..

pokok yang ke 4 pulak,,adik perlu perbaiki hubungan adik-adik dengan orang-orang disekeliling,,bersangka baik,,sentiasa bermaafan,,dan sangka baik malah santun pun perlu cantik..itu cara student yang indah peribadi terhias dengan akhlak yang perlu dicontohi..aku berusaha mengunakan kata-kata yag halus,,supaya masuk ke jiwa-jiwa yang mahu keluar dari zon yang bahaya..last!!!

jadualkan diri..abg amik konsep solat sebagai jadual kehidupan abg caturkan...persoalannya..apakah pendidikan yang Allah bagi kat kita ttg waktu solat??masing senyap...alahai....hati aku mencuri kekeluhan..sbg disiplin kita dengan masa..klu Allah nak,,Dia leh perintahkan solat bile2 time pun..tp falsafah dari waktu solat tu jelas sebenarnya..leh paham adik??..di saat akhir2..mereka menunjukkan minat terhadap ucapan aku..alhamdulillah...hatiku memujuk lagi...arap adk susun jadual,,sasarkan target dan jelaskan matlamat..paham tak ni??aku tinggikan suara...paham..alhamdulillah...

harapan..

last ucapan aku dalam kumpulan kecil itu,,aku meletakan satu harapan terhadap mereka..keluar dari zon yang selesa..sedarkan diri apa yang sedang hadapi..abg takda kepentingan terhadap mereka,,sekadar tanggungjawanb membina jiwa-jiwa modal insan,,aset utk islam membuahkan butir-butir permata yang sentiasa perlu di gilap..akhir kata aku,,aku tanamkan prinsip aku kepada mereka..."semalam merupakan warna-warna yang diadun hari ini,,utk mencipta hari esok"!!!

last night..

abis program...kami  dijamu,,dan endingnya aku renion keceil kat kedai mamak,,berhadapan teknik kajang...berkongsi pengalaman dan mengungkit pengalaman...rindunya alam persekolahan....pahit manis..masih segar di memori yang tersenyum bila dikenangkan..

wassalam....


daun itu masih hijau..

cuti lepas,aku g memancing...dalam kesabaran yang aku tunggu umpanku direnggut,,,,aku memerhati sekeliling,,,,tenang je..angin plak tiup agak kuat menandakan hari mau hujan lagi,,nasib la ada pondok di tepi kolam pancing tu..takda la basah..hurmm..dan ramalan ku tepat..hujan turun lagi..tp kolam yang berhampiran kawasan hutan dan kaki bukit,,mengindahkan lagi pemandangan walaupun hujan lebat,,hebatnya Allah swt!!hal ini wat aku teringat dengan satu firman Allah swt..

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat". (Al Baqarah;265.)

itu lah perumpamaan yang Allah bg nasihat kat kita bila kita memandang apa yang telah dsediakan..di umpamakan dengan sedekah2 kita,,tegak bulu roma weh..

daun memberi tarbiah.

hujan berhenti jua,,aku berpindah ke bawah pokok..sebab port tu yang best..kesabaran memancing ni mmg tinggi..tambah lagi baru pas hujan,kekerapan untuk ikan merenggut umpan kurang sikit,,so sabar je la..aku mendongak ke atas,,daun pokok yg rimbun..cantik..aku pandang semula hujung pancing aku,,tiada tanda umpan disentuh lagi...tiba-tiba sehelai daun jatuh di hadapan aku..uik..aku tak tau kenapa hati aku tersentuh dengan semua ni..daun yang jatuh..hijau lagi..cantik je jatuh dengan melayang di hadapan aku dan terapung-apung di dalam kolam,,,masih hijau..ape yang perlu aku kaitkan ni??KEMATIAN!!!!

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir"(Az Zumar:42)


daun muda lagi,hijau,,pun leh gugur...gugur sebelum keringnya daun itu..hati aku sayu je..bersediakah diri ini untuk berjumpa Ilahi?dengan dosa-dosa yang melilit hati,,dengan hutang piutang yang belum aku lunaskan..huii takut weh..takutnya aku pada mati..imanku baru tahap ke mana..isk isk isk...kadang-kadang aku pelik,,dalam suka,,bergelak sakan,,aku lupa akan kematian yg suatu kemestian..islam datang dengan penjernihan fitrah,,tp diri sendiri yang mencemarinya...itu sebab aku lebih suka bersendiri memancing bersama sahabat yang sefikrah..perkongsian ilmu,,tarbiah secara tak langsung..mengingatkan kami pada kematian...arap aku terus istikhamah di jalanNya..

ujian si penempah

aku bukak porchbeg aku..aku amik sebuah buku...ulum hadith,,penulis dari salah seorang pensyarah aku..seorang yang pakar hadith...aku selak satu per satu..exam nak dekat..buku ini penting dan harus ku telaah..baru bc satu perenggan..pancing aku dah direnggut ikan...layan la dulu pancing..ni la ujiannye..sabar je lagi,,xpe..aku yang cr psl nak study dalam keadaan camni..xleh merungut...

aku masih ingat,,,penglibatan aku dalam hobi memancing ni seawal umur 12 tahun..ayah tak suka aku berkawan dengan kawan yang bukan-bukan hobi dan kreativitinya..jadi dia bawak la aku g jauh sampai hujung kampung dan memancing!!dari situ hubungan aku dan ayah mmg erat macam-macam ayah cerita sambil memancing..apa yang ayah terapkan..bukan ikan yang diharapkan tapi apa yang berada disekeliling kita,,boleh mentarbiahkan kita..walaupun masa tu ,,aku memang tak paham ape pun ttg dia ceritakan..yang aku nak,,aku nak ikan..nak bwk balik byk..tp bila aku dah besar,,dah dah pandai bergerak sendiri pergi memancing..aku paham ape yang dia maksudkan sebelum ni..tp aku ajak dia mancing skang ni,,dia xnak plak...huhuhu..aku rindukan zaman kecik dlu....

kadang ada yang memancing....merungut..ada yang sampai mencarut-carut...aku benci bawak orang camtu..penat melayannya..ni la dikatakan ujian,,walaupun kecik nampaknya..tapi besar impactnye..

si pemancing dan buruannya

apa yang perlu ditafsirkan tentang si pemancing dan ikan yang merengut umpannya..nak plak dapat ikan yang besar lagi ganas aksinya..yang dibekalkan hny tali seberat 15 paun,,nak lwn ikan yang berat 10kg,,hurmm..dengan ganasnya lagi..isk..payah gak tu,,mana yang perlu beralah??si pemancing berusaha nak mengalah amukan ikan,si ikan...perlu berusaha melepaskan diri...mana perlu yang mengalah...dalam erti permasalahan..aku suka kaitkan si pemancing dan ikan..ape methodnye eh..huhuhu...camner aku nak terjemahkan??

tindakan tergesa-gesa dan kelam kabut akan mengalah pemancing..tali putus dan ikan pun lepas,,dalam menghadapi ujian,,perkara pertama yangkita lakukan adalah sabar dan jangan tergesa-tergesa membuat keputusan..timbang baik buruknya..

akhir kalam..aku pun tak paham ape semua ni??pandai-pandai korang la..

"Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al A'raaf:153)

 
©2009 rehlah ibnu mansor | by TNB | Free Blogger Templates