Ini ada satu cerita

Lama aku tak menulis untuk blog ni..kesian dah bersawang dan berhabuk dah tanpa sebarang coretan yang membina.hari ni aku usaha kongsi cerita beberapa minggu kebelangkan ni dan apa yang terjadi.banyak yang telah berlaku dalam sengaja dan tak disengajakan..apa yang aku ingat,,akan aku kongsi untuk bacaan umum.mohon kritik membina dan nasihat dalam penulisan yang bergaya trevelog ini.insyaAllah..  

Ceritanya begini..

Sebenarnya aku dah hampir menyiapkan satu entri dalam blog ni yang aku beri tajuk rehlah @ zoo..malah aku dah save draff dah,Cuma aku tak publish je lagi atas sebab-sebab tertentu.maka aku lutsinakan tulisan itu..terlalu menjurus kepada pemikiran yang objektif,sedangkan aku dah mula berjinak-jinak dalam penulisan.secara tidak langsung aku perlu menulis sesuatu fakta yang subjectif bagi pembaca terus berfikir dan menilai.insyaAllah..maka aku perlu edit dan perlu menarikan cerita dalam rehlah@ zoo itu. Rehlah @ zoo…kisahnya terjadi ketika aku baru habis benar menghadapi peperiksaan akhir semesta aku..setelah menghadapi tekanan kerja,,dengan strees menghadapi peperiksaan hati dan perasaan aku perlukan rehat dan satu pembaharuan dalam diri sendiri.maka aku pergi tempat yang mempunyai nilai yang sentimental dan yang dekat dengan Maha Pecipta.Zoo!!!

zoo Negara..kali terakhir aku pergi ke sana seawall umur 6 tahun..rombongan tadika..tika itu la bagi aku anak felda yang boleh dikatakan duduk di felda yang ceruk menikmati peluang ke zoo Negara.peluang bukan selalu diperolehi seperti itu,akan datang masuk alam persekolahan kebangsaan belum tentu menikmati peluang sedemikian.maka sertailah!!!aku pun tak ingat suasana zoo Negara pada 19tahun dahulu..dah lama dah.dengan bertemankan seorang sahabat yang mudah berjanji dan mudah tepati janjinya..azizil mazlan yang lebih akrab aku panggil izil je bergerak ke zoo Negara lebih kurang 2.30 petang seusai zohor terus kami ke sana..beli tiket,,cek kamera dan terus masuk..kami memilih untuk “menziarahi” haiwan mamalia dahulu.

Zirafah

Haiwan yang pertama kami jumpa adalah zirafah,unik dan hebat ciptaan Allah swt ni..pada logik akalnya leher yang panjang.agak susah dalam pergerakannya.tapi Allah Maha adil dalam apa yang Dia jadikan..maka orang-orang beriman pun berdoa kerana berasa takjub dengan ciptaan Allah swt yang termaktub dalam al quran..firmanNya..

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mencipakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.(Ali 'Imran; 191)

Inilah doa orang-orang beriman tersebut..pernah ke kita berdoa sedemikian tatkala berasa takjub dengan keindahan dan kesempurnaan dalam penciptaan alam ini?jangan berat mulut ya..malah jangan berat hati mendoakan semua ini..paling tidak pun cukuplah sekadar SUBHANALLAH!!!

Hai insan di dalam sangkar..

Setalah banyak berjalan,banyak pula pentafsiran yang aku buat secara peribadi.mana lebih menguntungkan bagi haiwan-haiwan ini?di dalam sangkar atau berada bebas di luar??kedua-dua provokasi ini ada kebaikan dan keburukannya..setelah aku duduk di kerusi rehat ,,aku termenung panjang..izil masih terus dengan aktivitinya menangkap beberapa gambar sebagai latihan seni photografinya..aku biarkan..aku senang untuk berfikir,,aku pandang seekor badak  sumbu..kasihannya ada 2 ekor je tak salah aku,,tak tau la jika ada yang menyurok di sebalik semak-semak nun disana..abaikan..persoalan aku adakah seronok haiwan-haiwan ini tinggal di dalam kandang atau pun sangkar di zoo ni??secara fitrahnya ,setiap yang bernyawa di dunia ini mahukan kebebasan.tapi bagi haiwan-haiwan ini,mereka tiada pilihan..tp di luar sana habitat mereka terancam bagi manusia-manusia yang bertuhankan nafsu  terlalu kejam terhadap haiwan-haiwan ni..maka survival haiwan diluar sana cukup tinggi..badak sumbu..sumbunya di buru kerana memiliki nilainya yang tersendiri,begitu juga gading gajang..monyet-monyet..kera..beruk.habitat mereka..abis semua hutan diterokai,,gunung-ganang ditarah serata mungkin,jadi dimana perlu mereka tinggal bila habitat mereka dicerobohi malah dimusnahi..jadi survival hidupan di luar cukup terancam..kasihan..pada haiwan ini..mereka tidak memahami apa itu pemuliharaan..begitulah halnya bagi mereka yang berada di zoo ni..untuk menyelamatkan haiwan yang bakal pupus malah ada yang hampir-hampir pupus.jika usaha ni tak dilakukan.akibatnya??genarasi akan datang tak berpeluang mengenal apa itu gajah,,zirafah..badak sumbu dan sebagainya.

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.( Ar Ruum: 36)

Ayat di atas boleh dikaitkan dengan apa yang terjadi pada haiwan-haiwan yang terancam kehidupan mereka..lalu ada peringatan bagi mereka yang zalim…tak kira la zalim dari segi apa..mereka adalah zalim..firmanNya..

Mereka tiada akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al Jumu'ah;7)

Madagascar

Siapa pembaca blog ini pernah menonton filem animasi Madagascar..cerita yang menarik.tp ada mesej yang baik dalam filem tersebut..bagaimana perasaan seekor kuda belang yang teringinkan satu kehidupan yang bebas..ini bertitik tolak pada fitrah kejadian bagi yang hidup..mempunyai perasaan walaupun tidak dikurniakan akal seperti manusia..tapi mereka ada perasaan..perasaan untuk hidup bebas dan perasaan yang ingin tahu kehidupan diluar..

Setelah lelah berjalan..sirat pun sampai..yang antara sahabat aku yang mudah nak berjanji dan senang di bawa berjalan..set time ,,tup-tup muncullah dia walaupun lambat..tidak seperti kawan yang lain..kalau tak dapat pergi tak perlulah memberi alasan macam-macam.cakap je tak mau pergi.aku tak berkecil hati.sempat la bermain dengan belalai gajah dengan dia.izil masih terus mengambil gambar.

@ opis

Setelah sekian lama berada di opis..agak membosankan aku.pesta buku selangor tak lama bermula.secara tidak langsung adalah pelancaran buku baru keluaran emedia publication.sultan selangor yang lancarkan tu..dasyat dan istimewa..ensiklopedia sains dan al quran untuk kanak-kanak..kalau dah sultan yang akan melancarkan semua persiapan dan istiadat perlu di persembahkan.kak di memberi arahan kat aku untuk ke perpustakaan shah alam untuk mengambil potret sultan selangor..dalam hujan yang lebat dan hampir-hampir sahaja aku terlanggar belakang kereta mercedes semasa di jalan persekutuan..berkokok jua tayar kereta aku.istighfar panjang aku dalam kereta sambil mengurut dada yang senak dengan kejutan yang tak disangka-sangka..selamat la tak terjadi apa-apa pada aku..

Pesta buku selangor..

Bertempat di pkns shah alam..satu-satunya shoping complex yang dimonopoli oleh peniaga melayu di sana.satu pertumbuhan yang baik..macam-macam cerita sepanjang pesta buku ini berlangsung..aku di beri peluang mengunakan kamera NIKON DSLR D90 milik ara staff emedia untuk mengambil gambar-gambar sepanjang pelancaran buku terbaru emedia..aku gunakan kemahiran yang ada mengunakan gadget seperti ini.memang menakjubkan hasilnya.membuatkan aku teruja dan berazam untuk membelinya.

Hari berikutnya aku sempat menghadiri satu kuliyah zohor.aku lupa nama ustaz yang di hadapan aku.sedangkan wajahnya acapkali terpapar di kaca tv dalam menyampaikan dakwah..pengisian dalam ilmu yang di sampaikan memberi kesan kepada aku..setakat yang aku ingat..

Ketakutan manusia..

1) takutnya kepada kematian;-

-beliau memberi satu perumpamaan dimana sesorang ingin menaiki kapal terbang,apabila naik,,orang itu tidur..apabila sampai pintu yang sama dimana orang itu masuk mulanya tadi terbuka.tapi sudah berada ditempat lain.apa yang malang adalah passportnya hilang,,duitnya sudah tiada..sedangkan dia sudah berada jauh dari tempat asalnya..apa yang di kaitkan di sini adalah kematian..dimana kematian itu tak perlu di takuti,,tapi bekalan yang perlu di bawa lah yang perlu di tikuti..entahkan cukup,,entahkan tidak..fikirkan..inilah manusia..bila bicara tentang mati..inilah perkara yang menjadi kegusaran hati-hati mereka..Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bila doamu akan terkabul." (HR. Ath-Thabrani)

2)takutnya pada kemiskinan.

Hal ini biasa terjadi,,malah dalam hati kita pun mempunyai sekelumit kerisauan tentang ketakutan kepada kemiskinan.sedangkan rezki itu memang dah di tentukan oleh Allah..hanya kita perlu berusaha meraihnya..kadang-kadang apa yang kita hajati tak tercapai,sedangkan kita lupa yang kita belum mencapai syarat-syarat yang di tetapkan untuk mencapai satu hajat itu,hanya meminta..dan terus meminta.tanpa berusaha..kehidupan....pernah tengok ombak di lautan??terumbang ambing..kadang-kadang tenang sahaja..itulah kehidupan..kemiskinan berkaitan dengan kehidupan manusia..jangan di risau akan kemiskinan dalam kehidupan..sebab Allah swt telah berfirman..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(at talaq;2-3)

3)takutnya hilang kasih sayang

Mana yang lebih utama?kasih sayang manusia ataupun kasih sayang Allah??kadang-kadang ada perkataan tergugat,,dan ada pula kemungkaran yang di biar sahaja..kerana apa?takutnya hilang kasih sayang..sebagai sahabat barangkali..ada yang enggan menengur sahabat yang melakukan kemungkaran..ini kerana bertitik tolak takut hilangnya persahabatan.sedangkan dia mengetahui akibat dan masalah itu,perlu di tegah,,perlu di nasihati dan perlu di tegur..bukan perhatian manusia yang di raih,,tapi perhatian dari Allah itu perlu dikecapi..

4) takutnya pada kegagalan dalam berusaha..

Belum usaha lagi,,dah berasa takut untuk mencuba..sifat macam ini yang perlu di buang jauh-jauh dalam diri manusia.kejayaan sesuatu perkara itu bertitik tolak bagaimana usaha kita..kalau dah berusaha sebaik mungkin..berserahlah pada Allah..Dia yang maha menentukan..insyaAllah..

Itulah sedikit bingkasan yang aku ingat dan sempat salin dalam buku journal aku..secara tidak langsung,,aku mampu sampaikan pada pembaca blog ini..alhamdulillah..setelah abis kuliyyah terus solat zohor.seusai solat zohor…ustaz tadi membacakan doa..dalam bahasa melayu dan bernada berlagu..cukup faham dan cukup syahdu...seorang imam yang adil,,dia tau tanggungjawabnya..itu pada pendapat aku..

Gaji dah masuk..aku berbisik dalam hati..keluarkan sedikit untuk aku membeli bahan bacaan..aku borong solusi yang banyak aku tertinggal dan sebuah buku penulisan..buku yang baik dan menarik.dalam mencari buku-buku..aku disapa oleh seorang sahabat lama.dia pun dah jadi penulis..bukunya??rahsia..dia memberi nasihat dan teguran..dia cakap kat aku..ko ni ada bakat,pandai bercerita,,dan pandai wat cerita..apa kata ko menulis je..rugi bakat yang ada tak di terjemahkan melalui tulisan..kata-kata dia agak memberi kesan kat aku.tapi aku tak pandai,,aku menulis ikut mood..tapi dalam ketidaksedaran aku.aku dah mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan..insyaAllah..

Kepenatan si penjual buku..

Penat..aku sampai rumah,aku terus membungkam diri..termenung aku memandang syiling bilik…takda sale untuk aku hari ini..belum rezki..kata-kata abg zul petang tadi memotivasikan aku “kalau engkau kata engkau orang yang sibuk,,tapi engkau tak kaya,,engkau orang yang bodoh”…memberi kesan kat aku..aku tak boleh duduk di takuk yang ini sahaja..taraf hidup terus meningkat..akan datang aku perlu pikul satu tanggungjawab yang besar..aku kena keluar dari belenggu seperti ini..aku perlu lakukan sesuatu..insyaAllah..aku akan lakukan!!!!

Aku ambil solusi…aku baca entri demi entri..semakin seronok..terdapat satu hadith pada satu gambar..memberi kesan kat aku..lama aku tak buat catatan amalan dan dosa aku..dari awal bangun tidur..sampai kita tidur semula…berapa banya dosa kita lakukan??ada sesiapa berani mencatit dosa sediri?belajar bertindak seperti malaikat kanan dan kiri..dari awal bangun…catitkan dosa kita kepada orang.,,dan dosa kita kepada Allah….menipu..mengumpat..memandang dan mendengar…semua itu boleh membawa kita ke kancah dosa…inilah saranan yang di berikan oleh abu bakar r.a  or umar r.a..aku pun dah lupa..”timbanglah amal mu..sebelum amalmu ditimbang oleh Allah”…..dalam kehidupan kita sebagai manusia..tak lepas dari melakukan dosa..tak lepas dari melakukan kesilapan..maka cepat-cepatlah bertaubat…sentiasa membuka pintunya..adalah TAUBAT!!...

 

Sekian…..

 
©2009 rehlah ibnu mansor | by TNB | Free Blogger Templates