putera puteriku......


Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalm sepi kau penyeri
Dlam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian

Puteta puteri harapan masa depan

semalam..aku terpanggil utk berkongsi sebuah pengalaman dengan adik-adik junior au kat teknik kajang..dah 8 tahun aku meninggalkan sekolah bertuah yg menyemai bakti kat aku n kwn2 aku...bersama bacth aku tahun 2001-2002...aku,rock(saipudin),ami,n yob..alhamdulillah dorg turun membawa makna n niat yang sama dgn aku..ketika aku menulis ni,,berulang-ulang aku dengarkan lagu ni..amik mood...

usai solat margrib,,n tepat kul lapan aku masuk ke dewan..hurmm...kami dihujani tepukan gemuruh dari adik-adik junior,,dah mcm artis plak kedatangan kami ni..siap ade gaya tepukan tersendiri..dan kami di himpunkan di atas pentas dewan.bersama-sama kami,,bergabung dengan bekas-bekas student teknik kajang yang dari bacth 2003,2008...genap jumlah kami 10 orang..

sementara menunggu azmi datang aku mengambil kumpulan yang dpecahkan sepatutnya utk dia..aku gabungkan 2 kumpulan...menjadi satu kumpulan..janji ami dtg..siaplah korang!!!

Program bermula

aku bermukadimah memperkenalkan diri aku dahalu...dan seterusnya kepada mereka diberi peluang..aku usulkan pertanyaan kepada mereka..lagi berapa bulan nak SPM???lagi 5 bulan bang..hurmm lagi 5 bulan..dah ready??masing2 dgn rasa tak rendah dirinya menjawab dahhhh!!!kalimat tahmid syukur.,,alhamdulillah aku lafazkan.,tapi hakikatnya mereka belum bersedia...maka sehelai kertas aku hulurkan kepada seorang-seorang...ape perlu mereka lakukan dengan kertas tu??

adik-adik..lagi lima bulan nak exam...apa halangannya??abg harapkan kejujuran kamu!!aku bertegas..tp berusaha istqhamah dengan senyuman..sebab dengan senyuman tu la membuat mereka-mereka yang berada di hadapan aku ni tak berasa segan dan terasa kedatangan aku ni ancaman bg masa dorg..

masa 10 minit...aku berikan kepada mereka utk senaraikan halangan mereka dalam masa lima bulan ni..hurmm..jeng3x...apo la yang dorg tulihkan eh..aku sentiasa memerhati gelagat dan tingkah laku sorang2 dlm dorg menulis tugasan yg aku bg tu..hurmm...halangan sendiri tny kawan n siap tiru..huh!!boleh pulok wat gitu!!xpe aku meraikan...masih dlm kacau n kesedaran masih belum terpupuk..ayyuha adik-adik ku....aku sentiasa bertanya kepada siapa yang aku nak tanya...aku nak dorang selesa dgn aku..lebih dalam keadaan santai..masa tugasan aku tamatkan..mereka memang yang berkerjasama..tahiah adik-adik ku..

masalah atau halangan?

salah seorang dari mereka aku panggil...halangan yang dia tulis,,MALAS..maka aku tanya la kat dorg...sapo maleh ek sini..aku mmg bg talk 90% dialek negeri aku.mejoriti mereka mengangkat tangan sbg tanda mereka mengakui mereka malas!!!.malas apo ubek eh??hurmm..paling kejam adalah dengan paksaan..aku tegaskan pada mereka..paksa diri dan jgn manja diri..kalau malas,makan pun xleh..semua perkara kena ada usaha!!aku membawa satu cerita...ada seorang hamba ALLAH ni pemalas ya amat!!makan tido,,makan tido..nak diceritakan keburukannya,,adalah seorang baik hati nak bg dia harta..bg free je dikkk...tp bersyarat..tp kene g amik la harta tu kat satu gudang,,punya la malas..taknak dia amik..lalu da sambung tido..klu adik-adik nak x harta tu?nakkkk....cepat je jawab mereka ni...tgk..benda dah tersedia..cikgu dah dtg mengajar,,peralatan,kewangan semua dah disedia ibu bapa mahupun pihak berwajib..tp korang masih malas gak kan???sebab apa malas??aku meminta kertas dari salah seorang student muslimah,,sbb dr gerak gaya semasa menulis..aku dah agak dia tulis ape..yes!!tepat..sbb mood tak sampai..aku kaitkan subjek malas tadi dengan mood mereka tak sampai..secara mudahnya untuk ditafsir dorang2 ni adalah KESEDARAN yang rendah..bila ditanya target spm semua nak 10A1..hebat,,tapi malas...leh ke dapat??aku memprovokasi..

kesedaran!!!!

kesedaran ni penting adik-adik,,aku menyeloroh selepas dorang terpinga2 dgn provokasi aku lakukan..dari mana nak datangnya mood ni??dari kesedaran yang positif..adik2 sila lah keluar dr zon yang selesa ni..korang bukan berada di zon yang selesa..malah zon yang merbahaya..tak kenal maka tak cinta..itu bidalan melayu lama hingga kini..itu lah juga falsafah utk mereka terapkan,,,mereka tak kenal lagi manisnya kejayaan..manakan datang cintanya???lebih mereka ke  arah yang...............aku minta kertas dr slh seorang muslimah yg agak becok berkata n menjawab dengan loyarnya...yeahh...sangkaan aku betul lg apa yang aku sangkakan......apa eh halangan mereka??

cinta,couple...dan seangkatannya

ni la halangan yang berat sebanarnya bg mereka dalam umur cam skang ni..cinta...fitrah bagi aku,,tapi mereka mencemari fitrah yang jernih tu...salah pada gaya..btol pada niatnya..aku buat gaya rilek...aku tanya,..jujur la dengan abg..sapo sini bercouple??ngaku la 2,3 org..tanpa malu malah tersenyum bangga kot pengakuan dorg ni??sabar je la..aku pecahkan lamunan mereka dengan satu amaran..haa...korang yang couple2 ni,,malam ni abg nak korang CLASH!!!huahuahua...satu permintaan yang kejam lagi terburu dalam uslub.."mana leh bang..ade gak yang menjawab..sbnrnya aku bukan nak bertindak kejam dan tak adil,,hny memprovokasi,,klu aku kat tempat dorg yg masih rendah kesedaran mereka di zon merbahaya,..xkan aku clash...tp bg aku yang bercakap mengikut pengalaman..paham2 la...perbezaan zon tu...hanya provok..

aku tanya lagi,,apsal tak leh clash???alasan biaso..dah sayang bang...alahai...aku bukak hakikat n realitinya...apa yang abg nampak..abg belum jumpa kawan2 abg kat teknik..yang bercinta kaw2..tp last2 kwin dgn orang lain,,,bila ditanya,bila clash??hurmm..pas masuk ipta..so toksah la pikir couple2 ni...keseronokan yang sekejap cuma..seronok yang leh jangka penghujungnya...aku patah balik pada tema diskusi...lagi 5 bulan..amacam adik-adik??

selingan tips utk putera puteri ku..

dalam aku bagi semangat,,pecahkan tembok halangan mereka,,sahabat aku datang,,ami..da skang seorang guru di skolah area shah alam..hurmm...dah mengukir cita2 sbg pendidik..ami sambung ape yang aku dah sampaikan...dia tekankan pada keberkatan dalam menuntut ilmu..restu dan doa ibu bapa mahupun guru-guru..itu di utamakan dalam dambaan sebagai student..dari situ datangnya keberkaan,,aku mencelah,,kongsi pengalaman adik nurmadihah..mcmana sifat dan akhlah serta adapnya dengan orang disekelilingnya...solehah!!sayang....takde sorang pun diantara mereka pernah membaca buku adik nurmadihah..

aku tekankan tips yang kedua..qiamulail...aku selitkan cerita mcmana sallehuddin al ayubi memilih tentera utk di barisan depan di medan perang.,,berat bang nak bangun mlm2...abg pecahkan pemikiran malas dorg...adik2....kita utk beramal jgn menyusahkan kita..islam ni dalam beribadah flexsibel..mcmana bang??salah sorg bertanya...korang mampu tak bangun sejam awl sebelum azan subuh berkumandang??tak la bang..hurm...camni lah...utk permulaan..sebelum tido..solat la 2 rakaat...mayb sebulan camtu la..2 bulan pun xtau,tp klu 3 bulan istiqhamah..korang dah sematkan azam dan merindui dengan tahajud...berkhalwat dgn Kekasih yang benar..korang akan dapat rasakan apa makna semua ni...ni la namanya mendidik jiwa adik2..abg rugi dlu,,tak wat semua ni,,sbb apa??abg tak menyedari hakikat ni..abg tak nak korng rugi.sbb dunia pas sekolah ni lagi mencabar..lagi kejam,,sbb tu selain persiapan diri utk exam..persiapkan diri untuk kemunculan cabaran-cabaran yang lain..

yang ketiga..hubungan adik-adik dengan alquran mcmana?sehari berapa lembaran adik-adik baca?sms dengan bf/gf melebihi masa adik-adik dengan alquran??disitu la pembukaan minda dan pembukaan hati..berinteraksi dengan alquran..lalu aku memetik kata-kata ibnu jauzi.."untuk hidup berjaya..alquran jangan disampingkan"..dalam makna kata2 ulama ni...meraka angguk tanda faham dan tangan mereka terus menari mencatit mutiara pengalaman dari abgnya ini..alhamdulillah..

pokok yang ke 4 pulak,,adik perlu perbaiki hubungan adik-adik dengan orang-orang disekeliling,,bersangka baik,,sentiasa bermaafan,,dan sangka baik malah santun pun perlu cantik..itu cara student yang indah peribadi terhias dengan akhlak yang perlu dicontohi..aku berusaha mengunakan kata-kata yag halus,,supaya masuk ke jiwa-jiwa yang mahu keluar dari zon yang bahaya..last!!!

jadualkan diri..abg amik konsep solat sebagai jadual kehidupan abg caturkan...persoalannya..apakah pendidikan yang Allah bagi kat kita ttg waktu solat??masing senyap...alahai....hati aku mencuri kekeluhan..sbg disiplin kita dengan masa..klu Allah nak,,Dia leh perintahkan solat bile2 time pun..tp falsafah dari waktu solat tu jelas sebenarnya..leh paham adik??..di saat akhir2..mereka menunjukkan minat terhadap ucapan aku..alhamdulillah...hatiku memujuk lagi...arap adk susun jadual,,sasarkan target dan jelaskan matlamat..paham tak ni??aku tinggikan suara...paham..alhamdulillah...

harapan..

last ucapan aku dalam kumpulan kecil itu,,aku meletakan satu harapan terhadap mereka..keluar dari zon yang selesa..sedarkan diri apa yang sedang hadapi..abg takda kepentingan terhadap mereka,,sekadar tanggungjawanb membina jiwa-jiwa modal insan,,aset utk islam membuahkan butir-butir permata yang sentiasa perlu di gilap..akhir kata aku,,aku tanamkan prinsip aku kepada mereka..."semalam merupakan warna-warna yang diadun hari ini,,utk mencipta hari esok"!!!

last night..

abis program...kami  dijamu,,dan endingnya aku renion keceil kat kedai mamak,,berhadapan teknik kajang...berkongsi pengalaman dan mengungkit pengalaman...rindunya alam persekolahan....pahit manis..masih segar di memori yang tersenyum bila dikenangkan..

wassalam....


 
©2009 rehlah ibnu mansor | by TNB | Free Blogger Templates